Search This Blog

Thursday 12 January 2012

episod 6-- Perancangan

   Hari semakin senja,Lamak yang masih berada dijalanan mula mempercepatkan langkahnya. Setibanya dia dipintu rumah,Lamak segera masuk dan merebahkan dirinya dikerusi sofa sambil memejamkan mata dan tersengeh sendirian.Melihat anaknya sudah pun pulang,Cek Sal yang berada didapur perlahan-lahan mendekati anaknya itu.Ditenungnya wajah Lamak,kelihatan kegembiraan terpancar diraut wajahnya.Lamak yang tiba-tiba membuka matanya itu terkejut apabila melihat ibunya itu berada berhampirannya .
  
"Eh Ma,mengapa ditenung saya begitu sekali?"Lamak menyoal dengan nada bercampur segan.
"Tiada apa Lamak,Mama suka melihat kamu gembira". Jawab  Cek Sal sambil melayangkan senyuman pada anaknya itu.


   Lamak kemudiannya berdiri dan melangkah untuk masuk kebilik, belum sempat dia menyelak pintu biliknya ,Cek Sal bersuara, 


"Kalau kamu dah sedia untuk berkahwin,beritahu Mama, Mama akan pinangkan Izah untuk kamu". Lamak menoleh kebelakang melihat ibunya, terasa seakan-akan ibunya amat mengerti tentang isi hatinya itu.


   Lalu Cek Sal menambah. "Lagipun Mama berkenan juga pada Izah ,memang senanglah hati Mama kalau dapat menyatukan kamu berdua.".Mendengar kata ibunya itu, Lamak segera menghampiri ibunya semula.Disaat itu ,mulalah perbincangan dan perancangan mereka anak beranak.
   Pak Khaus yang baru balik dari surau membuka pintu rumahnya,dilihat anak beranak itu masih berbincang-bincang sambil ketawa sesama mereka. 
   "Apa diborakkan anak beranak ni ?"ujar Pak Khaus sambil menutup semula pintu. Cek Sal yang melihat suaminya sudah pulang segera melangkahkan kakinya ke dapur . Pak Khaus segera duduk dikerusi melihat apa sedang dilakukan anaknya itu.


   "Buat apa tu,ada mensyuarat tak tunggu abah pun?"ujar Pak Khaus sambil kepalanya menjenguk-jenguk kertas yang dipegang oleh Lamak.


"Lamak dan Mama bincang mengenai pinangan kerumah Izah,tapi tarikh belum ditetapkan lagi,abah rasa bila waktu yang sesuai untuk kita pergi?"bertanya Lamak meminta pendapat bapanya itu.


  Cek Sal yang dari dapur membawa minuman untuk suaminya itu,berjalan menuju kearah mereka dan duduk disebelah suaminya.Mereka bersembang pasal tarikh yang sesuai .Setelah kata sepakat dipersetujui,mereka segera beredar .Tinggal Lamak seorang diri menonton tv. Dihatinya terukir seribu senyuman,memandangkan semua perancang sudah diatur,hanya perlu menghitung hari sahaja.


  Keesokkannya,Lamak hanya duduk dirumahnya sepanjang hari,dengan harapan Izah akan datang seperti biasa . Puas ditunggunya,kelibat Izah masih tak kelihatan lagi.Dari pagi ke tengah hari,tengah hari berganti petang,Lamak tetap setia menunggu,namun penantiannya tidak seperti yang disangka.Kebimbangan mula mengacau jiwanya.Kerana terlalu ingin mengetahui keadaan Izah ,segera Lamak menghidupkan enjin motornya itu,dan berlalu menuju kerumah Izah.


   Setibanya disana,dilihatnya Izah sedang mengangkat pakaian diampaian.Lalu dia berjalan kearah Izah dan memberi salam , "assalamualaikum awak."Izah yang tidak menyedari akan kedatangan Lamak segera menjawab salam sambil menoleh pandangannya untuk melihat gerangan yang memberi salam itu.


   "Waalaikumusalam,oh awak.",Izah menjawab salam dengan suara yang serak.Dilihatnya wajah Izah pucat tak bermaya,bibir yang merah bertukar kering . 
"Awak sakit ?"soal Lamak sambil menatap wajah Izah dengan penuh simpati."Mari saya bawa awak ke klinik."tambahnya lagi.
  "Tak apalah awak,saya cuma demam biasa saja,lagipun saya baru saja lepas makan ubat,nanti sihat lah tu"Jawab Izah seakan-akan malu untuk bersuara.


  Ibu Izah yang menyedari akan kehadiran Lamak segera menjemputnya masuk kerumah .Tetapi Lamak menolak dengan alasan ,dia hanya singgah sebentar sahaja.Sebelum pergi ,sempat Lamak berpesan kepada Izah, "jaga diri baik-baik,saya selalu sayangkan awak".Izah hanya tersenyum mendengar pesanan Lamak.Lamak pun berlalu pergi ,hatinya senang dapat melihat Izah walaupun didalam hatinya itu teringin menjaga Izah disaat-saat seperti ini.

No comments:

Post a Comment