Search This Blog

Wednesday 4 January 2012

episod 1 --Akibat masa lalu

  Suasana pagi berlainan kini,pabila Lamak bangun dari mimpi , hidupnya kini sunyi sepi,tiada
peneman disisi,hanya yang ada sepucuk surat yang ditinggalkan di bucu meja solek yg dilapik
dengan segelas air yang masih suam.Lantas segera Lamak mencapai surat itu dan
membacanya.Teringatnya kembali kejadian malam semalam yang menjadi punca sepucuk surat
ditinggal untuknya.

   Tangan yang agak kasar inilah yang telah menampar bertalu-talu muka
kekasihnya sehingga kekasihnya terkujur kaku dilantai rumahnya itu.Didalam surat itu
menulis;
    Sayang,sekiranya aku tidak berguna lagi untuk dirimu,akan kupergi dari dirimu
     tuk selamanya,jika kau masih perlukan aku,aku sedia menunggumu ,menantimu dirumah ibuku,
datanglah padaku jika itu mampu mengubat kesunyian hari-harimu.

   Tetapi jika kau benar tidak memerlukan aku dalam hidupmu,lupakanlah aku,dan jangan
     kembali padaku jika diriku ini hanya untuk melepaskan api amarahmu saja,kerana aku ini
    insan yang lemah,yang tak mampu melakukan apa-apa kecuali meluahkan kasih sayangku
    kepadamu.

  Sayang,surat ini kutulis dari lubuk hatiku,jika ia menyinggung perasaanmu ku mohon sejuta
    ampun dan jika surat ini dapat mengubah tabiat amarahmu,simpanlah ia di hatimu,agar menjadi
    penawar baginya.Mana mungkin perempuan lain sanggup disakiti seperti diriku.

 Sayang,bukan niatku untuk melukakan hatimu,aku cuma ingin merasakan nikmat kasih sayang
   yang jujur dari seorang lelaki.Bila bersamamu kadangkala aku merasakan perasaan ketakutan
  dalam kegembiraan. Bukan niatku menghancurkan hatimu,tetapi sengaja memberi pengajaran
  padamu agar menjadi lelaki yang bijak untuk menjaga seorang wanita.Malek dan aku cuma kawan
  biasa saja,tetapi entah bagaimana malam itu .................

   Belum sempat dia membaca habis isi kandungan surat tersebut tiba-tiba dia terdengar pintu rumahnya diketuk bertalu-talu,lalu ditinggalnya surat itu diatas meja kembali
dan lantas membuka pintu rumahnya.Setelah membuka pintu tidak disangka-sangka hayunan penumbuk hinggap dimukanya,alangkah terkejutnya dia melihat abang kekasihnya Sidek berada
dipintu bersama dua rakannya yang lain. Dengan lantang Sidek bersuara "Apa kau dah buat kat adik aku ha,da kau bawa lari dia tinggal sekali dengan kau ,kau nak pukul dia pula,
manusia jenis apa kau ni ha?"
 
   Lamak berdiri membetulkan langkah,ingin sekali dihatinya meluahkan segala-galanya apa yang berlaku pada malam itu,tetapi dia tidak sampai hati untuk memberitahu perkara
sebenarnya kerana tidak mahu Yana dipukul pula oleh abangya apabila abangnya dapat tahu hal yang sebenarnya.Biarlah ianya menjadi rahsia antara kami bertiga.Berdiam diri lebih
 baik pada saat-saat begini.

   Lamak hanya mampu tersenyum apabila maki hamun menusuk-nusuk dilayangkan kepadanya.Sedang leka mendengar cacian keatas dirinya tiba-tiba satu lagi penumbuk diterimanya dan
 diikuti dengan sepak terajang oleh rakan-rakan abangnya.Darah mula mencurah-curah keluar dari mulut dan hidungnya,seluruh badannya tidak mampu bangun berdiri,
dan membeku seperti bangkai dilapah binatang.

   Malam datang membawa bulan,tatkala darah kering dipipinya,dia memaksa diri bangun untuk mencuci dirinya yg masih berlumuran dengan darah.
Hanya kesakitan dan kesedihan yang dapat dirasainya ketika itu.Hinggakan dia terpikir akan kesilapannya dimasa lalu.Jika dia tidak mengasari Yana tentu perkara-perkara
seperti ini tidak akan terjadi.Selama ini apabila marah selalu saja dilepaskan kepada Yana tanpa disedari.Kekesalan mula menghantui jiwa.

No comments:

Post a Comment