Search This Blog

Wednesday 11 January 2012

episod 5-- kembali senyum

    Hari berganti hari,minggu silih berganti,kini perasaan Lamak yang dulunya kecewa bertukar menjadi kegembiraan.Lamak kini tidak lagi termenung sendirian dan tidak juga mengasingkan diri untuk mencari ketenangan,bahkan kemana saja dia pergi pasti dibawanya Pak Khaus bersama.Jelas terpancar diraut wajah anak muda itu tentang perasaannya kini.terharunya hati Cek Sal yang Melihat perubahan yang ketara pada diri anaknya itu seraya memanjat ribuan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana mengurniakan kebahagiaan dan kekuatan jiwa dalam diri anaknya itu.Kemunculan Izah didalam hidupnya ,sedikit sebanyak membantu dirinya untuk melupakan sejarah hitam yang dulunya sering berlegar dibenaknya.


   Sejak mengetahui bahawa Lamak adalah anak kepada Pak Khaus dan Cek Sal,Izah kini kerap bertukar juadah dengan Cek Sal.Pada masa itulah hubungan mereka semakin hari semakin rapat.Walaupun begitu,batas pergaulan antara mereka tetap dijaga dengan sebaik mungkin.Izah begitu tegas dalam soal keagamaan.Pengetahuan yang mendalam tentang ilmu agama,menambahkan lagi keinginan Lamak untuk memperisterikan Izah.Baginya Izah mampu membimbingnya menjadi manusia yang berguna .


   Sesekali,Cek Sal dan Pak Khaus sengaja mengusik ,menyuruh agar mereka dinikahkan bersama.Lamak tersenyum dengan penuh harapan agar dikabulkan permintaan ibubapanya itu dan menoleh melihat Izah yang mula menundukkan kepalanya tanda malu."Apa nak dimalukan,kamu berdua dah besar,dah patut pun dinikahkan,lagipun pakcik lihat kamu berdua memang sesuai."Ujar Pak Khaus yg sedang melihat mereka berdua.Izah yang dari tadi cuba mengawal perasaan malunya itu hanya tersengih menunduk,lalu meminta diri untuk pulang kerumahnya dengan alasan yang dia sudah terlalu lama berada disana.Lalu segera melangkah pergi.


   Kesempatan ini diambil Lamak dengan sebaik mungkin.Ketika Izah masih kelihatan,pantas Lamak mengejar dan mendekatinya "Jom ,saya temankan awak balik."kata Lamak yang tercungap-cungap sambil menarik nafas .Izah yang pada ketika itu masih lagi malu,hanya membalas dengan senyuman.Dalam perjalanan itu,Lamak cuba memberanikan dirinya untuk melamar Izah.Belum sempat ayat pertamanya keluar ,Izah terlebih dulu memintas ,"Awak setuju nak mengahwini saya  seperti permintaan ibu ayah awak,awak sanggup bersusah senang hidup bersama saya?".Mendengar saja soalan tersebut,Lamak tanpa memikir panjang terus meluahkan isi hatinya pada Izah ,"sebelum saya mengenali awak,kali pertama melihat awak,awak sudah pun mencuri hati saya,selepas mengenali awak,awak selalu memenuhi setiap ruang-ruang kesunyian dalam hidup saya,cara awak,perbuatan awak amat sempurna dimata saya,dan saya ingin bersama awak membina hidup bersama ,walaupun dalam keadaan apa jua sekalipun."


   Izah yang mendengar luahan dari Lamak itu hanya tersenyum dan bertanya lagi kepadanya,"kalau benar apa yang awak katakan itu,apa yang boleh awak lakukan untuk menunaikan tanggungjawab awak agar melindungi dan membahagiakan kehidupan kita apabila kita sudah berkahwin nanti?"Soalan yang diberikan oleh Izah itu menghentikan langkah Lamak,terdiam seketika dia memikirkan jawapan .Izah pun menoleh melihat Lamak lalu bertanya lagi "Kenapa awak, awak tak ada jawapan untuk soalan saya ?".


   Lamak tadi terdiam seketika tersenyum melihat Izah ,lalu berkata,"Andai suatu hari nanti saya tidak mampu untuk membahagiakan awak,awak ambillah kedua tangan saya ini supaya dapat melindungi setiap masa,awak ambillah  kaki saya ini supaya dapat membawa awak disetiap langkah,awak ambillah mata saya ini supaya dapat memerhatikan awak disetiap waktu,jika itu masih tidak mencukupi bagi awak,awak ambillah nyawa saya dan sematkanlah ianya dihati awak,agar awak tahu awaklah insan yang saya sayangi sampai bila-bila". Kata Lamak dengan harapan Izah sedia menerima dirinya seada-adanya.

  Mendengar kata-kata yang diluahkan Lamak,Izah mengukir senyuman dan berkata"Izah pun sama seperti awak juga,sejak kejadian yang menimpa Kak Ros,hati saya kadangkala berbisik mengatakan awaklah jodoh untuk saya"..Dia mula percaya yang Lamak benar-benar inginkan dirinya menjadi peneman hidup."Kalau awak rasa saya layak untuk dijadikan suri dalam hati awak,kenalah awak berjumpa dengan ibubapa saya untuk meminta izin bagi mengambil alih tugas mereka yang sentiasa melindungi dan menjaga saya"Ujar Izah lagi sambil kakinya melangkah meneruskan perjalanan.Lamak yang mendengar saja keputusan Izah itu berasa amat gembira. Berbunga - bunga hatinya apabila Izah sudi berkongsi hidup bersama dirinya.

   Mereke meneruskan perjalanan dan berbual seperti biasa.Sementara itu,dirumah Lamak, Cek Sal dan Pak Khaus  sedang berbincang sesama mereka mengenai hubungan Lamak dan Izah.Cek Sal lebih selesa jika Izah menjadi calon menantunya,tambahan pula keluarga mereka saling mengenali,lebih mudah baginya untuk berurusan tentang perkara tersebut.Pak Khaus yang  hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh isterinya itu.




bersambung......

No comments:

Post a Comment