Search This Blog

Thursday 12 January 2012

episod 6-- Perancangan

   Hari semakin senja,Lamak yang masih berada dijalanan mula mempercepatkan langkahnya. Setibanya dia dipintu rumah,Lamak segera masuk dan merebahkan dirinya dikerusi sofa sambil memejamkan mata dan tersengeh sendirian.Melihat anaknya sudah pun pulang,Cek Sal yang berada didapur perlahan-lahan mendekati anaknya itu.Ditenungnya wajah Lamak,kelihatan kegembiraan terpancar diraut wajahnya.Lamak yang tiba-tiba membuka matanya itu terkejut apabila melihat ibunya itu berada berhampirannya .
  
"Eh Ma,mengapa ditenung saya begitu sekali?"Lamak menyoal dengan nada bercampur segan.
"Tiada apa Lamak,Mama suka melihat kamu gembira". Jawab  Cek Sal sambil melayangkan senyuman pada anaknya itu.


   Lamak kemudiannya berdiri dan melangkah untuk masuk kebilik, belum sempat dia menyelak pintu biliknya ,Cek Sal bersuara, 


"Kalau kamu dah sedia untuk berkahwin,beritahu Mama, Mama akan pinangkan Izah untuk kamu". Lamak menoleh kebelakang melihat ibunya, terasa seakan-akan ibunya amat mengerti tentang isi hatinya itu.


   Lalu Cek Sal menambah. "Lagipun Mama berkenan juga pada Izah ,memang senanglah hati Mama kalau dapat menyatukan kamu berdua.".Mendengar kata ibunya itu, Lamak segera menghampiri ibunya semula.Disaat itu ,mulalah perbincangan dan perancangan mereka anak beranak.
   Pak Khaus yang baru balik dari surau membuka pintu rumahnya,dilihat anak beranak itu masih berbincang-bincang sambil ketawa sesama mereka. 
   "Apa diborakkan anak beranak ni ?"ujar Pak Khaus sambil menutup semula pintu. Cek Sal yang melihat suaminya sudah pulang segera melangkahkan kakinya ke dapur . Pak Khaus segera duduk dikerusi melihat apa sedang dilakukan anaknya itu.


   "Buat apa tu,ada mensyuarat tak tunggu abah pun?"ujar Pak Khaus sambil kepalanya menjenguk-jenguk kertas yang dipegang oleh Lamak.


"Lamak dan Mama bincang mengenai pinangan kerumah Izah,tapi tarikh belum ditetapkan lagi,abah rasa bila waktu yang sesuai untuk kita pergi?"bertanya Lamak meminta pendapat bapanya itu.


  Cek Sal yang dari dapur membawa minuman untuk suaminya itu,berjalan menuju kearah mereka dan duduk disebelah suaminya.Mereka bersembang pasal tarikh yang sesuai .Setelah kata sepakat dipersetujui,mereka segera beredar .Tinggal Lamak seorang diri menonton tv. Dihatinya terukir seribu senyuman,memandangkan semua perancang sudah diatur,hanya perlu menghitung hari sahaja.


  Keesokkannya,Lamak hanya duduk dirumahnya sepanjang hari,dengan harapan Izah akan datang seperti biasa . Puas ditunggunya,kelibat Izah masih tak kelihatan lagi.Dari pagi ke tengah hari,tengah hari berganti petang,Lamak tetap setia menunggu,namun penantiannya tidak seperti yang disangka.Kebimbangan mula mengacau jiwanya.Kerana terlalu ingin mengetahui keadaan Izah ,segera Lamak menghidupkan enjin motornya itu,dan berlalu menuju kerumah Izah.


   Setibanya disana,dilihatnya Izah sedang mengangkat pakaian diampaian.Lalu dia berjalan kearah Izah dan memberi salam , "assalamualaikum awak."Izah yang tidak menyedari akan kedatangan Lamak segera menjawab salam sambil menoleh pandangannya untuk melihat gerangan yang memberi salam itu.


   "Waalaikumusalam,oh awak.",Izah menjawab salam dengan suara yang serak.Dilihatnya wajah Izah pucat tak bermaya,bibir yang merah bertukar kering . 
"Awak sakit ?"soal Lamak sambil menatap wajah Izah dengan penuh simpati."Mari saya bawa awak ke klinik."tambahnya lagi.
  "Tak apalah awak,saya cuma demam biasa saja,lagipun saya baru saja lepas makan ubat,nanti sihat lah tu"Jawab Izah seakan-akan malu untuk bersuara.


  Ibu Izah yang menyedari akan kehadiran Lamak segera menjemputnya masuk kerumah .Tetapi Lamak menolak dengan alasan ,dia hanya singgah sebentar sahaja.Sebelum pergi ,sempat Lamak berpesan kepada Izah, "jaga diri baik-baik,saya selalu sayangkan awak".Izah hanya tersenyum mendengar pesanan Lamak.Lamak pun berlalu pergi ,hatinya senang dapat melihat Izah walaupun didalam hatinya itu teringin menjaga Izah disaat-saat seperti ini.

Wednesday 11 January 2012

episod 5-- kembali senyum

    Hari berganti hari,minggu silih berganti,kini perasaan Lamak yang dulunya kecewa bertukar menjadi kegembiraan.Lamak kini tidak lagi termenung sendirian dan tidak juga mengasingkan diri untuk mencari ketenangan,bahkan kemana saja dia pergi pasti dibawanya Pak Khaus bersama.Jelas terpancar diraut wajah anak muda itu tentang perasaannya kini.terharunya hati Cek Sal yang Melihat perubahan yang ketara pada diri anaknya itu seraya memanjat ribuan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana mengurniakan kebahagiaan dan kekuatan jiwa dalam diri anaknya itu.Kemunculan Izah didalam hidupnya ,sedikit sebanyak membantu dirinya untuk melupakan sejarah hitam yang dulunya sering berlegar dibenaknya.


   Sejak mengetahui bahawa Lamak adalah anak kepada Pak Khaus dan Cek Sal,Izah kini kerap bertukar juadah dengan Cek Sal.Pada masa itulah hubungan mereka semakin hari semakin rapat.Walaupun begitu,batas pergaulan antara mereka tetap dijaga dengan sebaik mungkin.Izah begitu tegas dalam soal keagamaan.Pengetahuan yang mendalam tentang ilmu agama,menambahkan lagi keinginan Lamak untuk memperisterikan Izah.Baginya Izah mampu membimbingnya menjadi manusia yang berguna .


   Sesekali,Cek Sal dan Pak Khaus sengaja mengusik ,menyuruh agar mereka dinikahkan bersama.Lamak tersenyum dengan penuh harapan agar dikabulkan permintaan ibubapanya itu dan menoleh melihat Izah yang mula menundukkan kepalanya tanda malu."Apa nak dimalukan,kamu berdua dah besar,dah patut pun dinikahkan,lagipun pakcik lihat kamu berdua memang sesuai."Ujar Pak Khaus yg sedang melihat mereka berdua.Izah yang dari tadi cuba mengawal perasaan malunya itu hanya tersengih menunduk,lalu meminta diri untuk pulang kerumahnya dengan alasan yang dia sudah terlalu lama berada disana.Lalu segera melangkah pergi.


   Kesempatan ini diambil Lamak dengan sebaik mungkin.Ketika Izah masih kelihatan,pantas Lamak mengejar dan mendekatinya "Jom ,saya temankan awak balik."kata Lamak yang tercungap-cungap sambil menarik nafas .Izah yang pada ketika itu masih lagi malu,hanya membalas dengan senyuman.Dalam perjalanan itu,Lamak cuba memberanikan dirinya untuk melamar Izah.Belum sempat ayat pertamanya keluar ,Izah terlebih dulu memintas ,"Awak setuju nak mengahwini saya  seperti permintaan ibu ayah awak,awak sanggup bersusah senang hidup bersama saya?".Mendengar saja soalan tersebut,Lamak tanpa memikir panjang terus meluahkan isi hatinya pada Izah ,"sebelum saya mengenali awak,kali pertama melihat awak,awak sudah pun mencuri hati saya,selepas mengenali awak,awak selalu memenuhi setiap ruang-ruang kesunyian dalam hidup saya,cara awak,perbuatan awak amat sempurna dimata saya,dan saya ingin bersama awak membina hidup bersama ,walaupun dalam keadaan apa jua sekalipun."


   Izah yang mendengar luahan dari Lamak itu hanya tersenyum dan bertanya lagi kepadanya,"kalau benar apa yang awak katakan itu,apa yang boleh awak lakukan untuk menunaikan tanggungjawab awak agar melindungi dan membahagiakan kehidupan kita apabila kita sudah berkahwin nanti?"Soalan yang diberikan oleh Izah itu menghentikan langkah Lamak,terdiam seketika dia memikirkan jawapan .Izah pun menoleh melihat Lamak lalu bertanya lagi "Kenapa awak, awak tak ada jawapan untuk soalan saya ?".


   Lamak tadi terdiam seketika tersenyum melihat Izah ,lalu berkata,"Andai suatu hari nanti saya tidak mampu untuk membahagiakan awak,awak ambillah kedua tangan saya ini supaya dapat melindungi setiap masa,awak ambillah  kaki saya ini supaya dapat membawa awak disetiap langkah,awak ambillah mata saya ini supaya dapat memerhatikan awak disetiap waktu,jika itu masih tidak mencukupi bagi awak,awak ambillah nyawa saya dan sematkanlah ianya dihati awak,agar awak tahu awaklah insan yang saya sayangi sampai bila-bila". Kata Lamak dengan harapan Izah sedia menerima dirinya seada-adanya.

  Mendengar kata-kata yang diluahkan Lamak,Izah mengukir senyuman dan berkata"Izah pun sama seperti awak juga,sejak kejadian yang menimpa Kak Ros,hati saya kadangkala berbisik mengatakan awaklah jodoh untuk saya"..Dia mula percaya yang Lamak benar-benar inginkan dirinya menjadi peneman hidup."Kalau awak rasa saya layak untuk dijadikan suri dalam hati awak,kenalah awak berjumpa dengan ibubapa saya untuk meminta izin bagi mengambil alih tugas mereka yang sentiasa melindungi dan menjaga saya"Ujar Izah lagi sambil kakinya melangkah meneruskan perjalanan.Lamak yang mendengar saja keputusan Izah itu berasa amat gembira. Berbunga - bunga hatinya apabila Izah sudi berkongsi hidup bersama dirinya.

   Mereke meneruskan perjalanan dan berbual seperti biasa.Sementara itu,dirumah Lamak, Cek Sal dan Pak Khaus  sedang berbincang sesama mereka mengenai hubungan Lamak dan Izah.Cek Sal lebih selesa jika Izah menjadi calon menantunya,tambahan pula keluarga mereka saling mengenali,lebih mudah baginya untuk berurusan tentang perkara tersebut.Pak Khaus yang  hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh isterinya itu.




bersambung......

Sunday 8 January 2012

episod 4--pertemuan

  Hari semakin terik,matahari semakin tegak diatas kepala,Lamak dan bapanya segera pulang kerumah untuk makan tengah hari.Setibanya dirumah ,Cek Sal sudah pun menunggu mereka dihadapan beranda.Mereka pun menikmati juadah yang disediakan oleh Cek Sal itu.Selesai makan,Lamak merehatkan dirinya diruang tamu rumah.Tiba-tiba dia teringat akan surat yang ditinggalkan oleh Yana kepadanya,segera dia mencari surat itu untuk mengetahui isi kandungan yang masih belum selesai dibacanya.Puas dicarinya tapi masih tidak ditemui.Habis satu biliknya diselongkar,masih tak jumpa,lalu Lamak menghentikan niatnya untuk mencari surat tersebut.Dibenaknya masih memikirkan tentang Yana.Sesekali dia terpikir apakah ujian yang tuhan berikan kepadanya.Lalu dia keluar untuk mengambil angin.

   Sementara itu,dirumah Izah,Izah sedang menyapu beranda,sedang leka menyapu tiba-tiba kedengaran suara jirannya menjerit meminta pertolongan.Mendengar saja pekikan tersebut Izah terus melepaskan penyapu dari genggamannya lalu segera menyarung kasut nya dan berlari menuju kerumah jirannya.Alangkah terkejutnya apabila dia melihat darah mengalir dari celah kangkang Kak Ros yang sarat mengandung  enam bulan.Dia bergegas menghidupkan enjin keretanya.Kebetulan Lamak lalu didepan halamannya,Izah segera memanggil Lamak untuk meminta tolong untuk membantunya memapah Kak Ros.Lalu Lamak membantu memapah Kak Ros ke kereta untuk dibawa ke hospital,Izah menyuruh Lamak mengikutnya bersama,pada mulanya Lamak enggan kerana segan,tetapi setelah Izah inginkan pertolongannya,dia pun turut bersama pergi ke hospital."Awak ikut lah sekali,nanti kalau ada apa-apa yang ingin saya minta tolong boleh lah awak menolong saya,tolonglah",kata Izah dengan nada yang cemas bercampur gementar.Lalu Lamak berkata pada Izah kembali"kalau begitu,bagi saya bawa kereta,rasanya lebih selamat"perli Lamak disaat-saat genting."Baiklah,cepat sikit ye."kata Izah kepada Lamak dengan nada tergesa-gesa,Lamak hanya tersenyum kepada Izah.



    Sementara itu, Kak Ros mengerang kesakitan,Izah yang duduk dikerusi belakang bersama Kak Ros cuba untuk menenangkannya.Perjalanan semakin hampir,teriakkan Kak Ros semakin lama semakin kuat seperti ingin bersalin,Lamak segera menambahkan kelajuan.Setibanya dihospital,Kak Ros dikejarkan ke zon kecemasan,dan dibawanya ke bilik doktor oleh petugas-petugas hospital tersebut.Lamak dan Izah diminta untuk menunggunya di ruang menunggu pesakit.Disana Lamak sering memerhatikan Izah yang ketika itu dalam keadaan cemas sambil meramas-ramas jari-jarinya."Macam aku pernah lihat gadis ini,tapi dimana ?"kata Lamak didalam hatinya sambil melihat Izah yang berada selang tiga kerusi darinya."Oh ya,dia lah gadis yang berbasikal pagi tadi,wah memang kecil dunia ini,senang benar bertemu semula"tambahnya lagi.


   Izah yang kelihatan gelisah dari tadi cuba menenangkan dirinya,kelakuannya sungguh mencuri hati Lamak,bagi Lamak Izah adalah seindah-indah ciptaan.Raut wajahnya yang mempersona , suara yang manja sesekali mengkhayalkannya.Tanpa disedarinya Izah menghampiri,tersentak Lamak dari lamunannya itu."Awak nak makan atau minum apa-apa tak,kalau nak saya tolong belikan?"kata Izah yang tersenyum melihat gelagat Lamak yang terjaga dari alam lamunannya tadi."Tak apa lah,saya tak berasa lapar dan dahaga lagi"kata Lamak kepada Izah.Izah pun berlalu pergi.Tidak lama selepas itu Doktor pun keluar dari bilik rawatan dan memberitahu Lamak yang Kak Ros dalam keadaan stabil dan diminta untuk tinggal diwad bagi rawatan yang selanjutnya.


   Lamak hanya mengangukkan kepalanya tanda setuju dengan keputusan doktor.Kak Ros pun dibawa ke wad.Lamak duduk semula ke kerusinya untuk menunggu Izah.Setelah lama menunggu akhirnya Izah kembali dan Lamak memberitahu Izah tentang keadaan Kak Ros yang telah doktor beritahu kepadanya.Lalu Lamak bertanya kepada Izah"Lamanya awak pergi,dah lama saya tunggu.""Maaflah,saya pergi solat tadi,awak dah solat?"kata Izah.Lamak hanya tersenyum lalu menjawab,"nanti sampai rumah saya solat".Lalu mereke menyusur ke kereta dan meneruskan perjalanan kerumah.


   Dalam perjalanan , Izah bertanya "lepas ni awak nak kemana?".Dengan bersahaja Lamak menjawab "kerumah awak,boleh?" "Betul-betullah,"Izah bersuara dengan serius."Tak ada lah,tolong hantarkan saya kerumah saya ,boleh?"kata Lamak sambil melihat Izah .Perjalanan pulang itu Lamak berasa begitu berbesar hati sekali kerana diberi kesempatan untuk berbual-bual panjang dengan Izah walaupun kadangkala Izah hanya menjawab sepatah perkataan sahaja apabila ditanyanya.


    Setibanya dirumah ,Izah bertanya "awak ni anak Cek Sal ke?"Lalu Lamak terus menjawab "ye awak,Cek Sal awak tu mak saya,awak kenal dia?"bergurau Lamak.Izah tersenyum melihat Lamak,Lamak pun membalas senyuman lalu dia keluar dari kereta Izah dan hanya melihat Izah berlalu pergi sambil melambai-lambai tangannya.

Thursday 5 January 2012

episod 3--perhatian

   "Amboi,cepatnya nak balik,isteri nombor dua dah tunggu ke?"gurau Pak Alif sambil mengurut-ngurut belakang Pak Khaus."Tak adalah,aku nak bersiap-siap pergi meminang ni",gurau Pak Khaus sambil gelak terbahak bahak seperti orang orang tua yg berada dikedai kopi."Ni anak aku Lamak,kau ingat lagi tak kat dia ni?"tambah Pak Khaus."Mestilah aku ingat,walaupun lama tak jumpa tapi wajah tetap serupa,ada makan jamu ke?"gurau Pak Alif.Jenakanya memecahkan kesunyian malam.Lamak hanya tersenyum simpul melihat telatah orang-orang lama itu.

    Setelah lama bersembang mereka pun meminta diri kerana hari dah jauh malam.Dalam perjalanan kerumah ,sekali lagi Pak Khaus bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh Lamak.Dan jawapan Lamak tetap sama seperti sebelumnya."Kalau kau nak ,abah boleh carikan kau calon yang sesuai untuk kehidupan kau dimasa yang akan datang nanti,lagipun kat kampung ni banyak lagi anak gadis yang belum dikahwini lagi"kata Pak Khaus sambil memandang langit.Suasana menjadi sunyi,bunyi cengkerik menghiasi kesunyian malam.Pak Khaus segera memalingkan mukanya kebelakang untuk melihat Lamak.Lamak hanya tersenyum sinis sambil melihat wajah bapanya yang menunggukan jawapan.Melihat Lamak hanya senyum saja Pak Khaus pun mengingatkan Lamak"kalau kau nak nanti kau bagitahu saja kat abah,abah akan pinangkan untuk kau"Katanya sambil mempercepatkan langkah.



    Setibanya dirumah Lamak merehatkan diri diruang tamu rumah kerana dia keletihan.Setelah beberapa minit merehatkan diri Lamak pun megorak langkah menuju ke biliknya.Tiba-tiba Cek Sal emak kepada Lamak  menegur "Lamak,kalau nyamuk banyak dalam bilik tu kau ambil la ubat nyamuk atas almari dapur tu nak"kata Cek Sal mengingatkan Lamak."Baik ma"jawab Lamak ringkas oleh kerana badannya yang terlalu letih Lamak terus masuk ke dalam bilik.Dia merebahkan badannya ke atas katil.



   Keesokkannya awal pagi lagi Lamak sudah bangun dan termenung diluar beranda,menghayati panorama matahari terbit,membuatkan Lamak semakin tenang berada dikampung halamannya.Dia menghadap fenomana itu sehingga merasa puas lalu masuk kerumahnya kembali untuk mandi.Setelah selesai mandi,Lamak ingin berjumpa bapanya yang sudah pun berada dikebun,teringin membantu bapanya seperti masa-masa lalu.Dia berjalan menuju kekebun.Dalam perjalanan dia terserempak dengan seorang gadis yang berbaju kurung menaiki basikal,terketuk dipintu hatinya untuk mengenali gadis tersebut,tetapi gadis itu sudah pun berlalu pergi.Lamak berbisik pada hatinya ,mungkin belum rezekinya lagi untuk berkenalan dengan gadis itu.



    Raut wajahnya mencuri perhatian Lamak,gaya kayuhannya penuh dengan kelembutan,itulah perkara yang sering bermain difikirannya semasa dalam perjalanan kekebun bapanya.Sesekali dia tersenyum sendirian mengangankan yang dia saling tegur-menegur dengan gadis itu.Setibanya dikebun,Pak Khaus tidak kelihatan,puas dia mencari tetapi tidak ditemukannya,motornya juga tiada disitu,"mungkin abah ada dikedai kopi."bisik Lamak sendirian.Dia pun pergi melihat kalau-kalau ada kerja yang patut dilakukannya dikebun itu.


   Sementara dirumah,Cek Sal sedang mengemas rumah.Sedang leka menyapu lantai,tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam , lalu dijawabnya salam dan terus menuju ke pintu."waalaikumusalam,oh Izah rupanya,makcik ingatkan siapalah tadi"tersenyum sipu gadis kampung yang anggun itu."Ada apa Izah datang kemari?"tambahnya lagi."Ni mak Izah ada kirimkan kuih untuk Cek Sal sekeluarga,katanya anak Cek Sal ada balik , tu yang dia kirimkan kuih ni"jawab Izah dengan nada yang manja.Keayuannya mampu mencuri perhatian lelaki,suaranya mampu melembutkan kemarahan dihati,itulah kelebihan yang dimiliki oleh Izah,gadis kampung yang sentiasa lembut dimata hati.


   Dikebun Lamak sedang menyapu daun-daun kering yang bersepah-sapah ditanah.Sedang asyik menyapu ,kedengaran suara Pak Khaus menegurnya"ingat lagi kau jalan kebun ni,aku ingat kau dah lupa,"Lamak melemparkan senyuman kepada bapanya itu lantas bertanya kepada bapanya"abah pergi kemana tadi,puas Lamak mencari tak jumpa juga?"."Aku ke bengkel si Abu tadi,motor meragam lagi"jawab Pak Khaus.

Wednesday 4 January 2012

episod 2-- kampung

   Hari-harinya tidak lagi seceria dulunya,mendiamkan diri saja lah yang hanya mampu dilakukannya.  Selama dua bulan Lamak tidak keluar rumah memikirkan kesilapan masa lalunya.Hatinya hancur lebur apabila melihat kekasih cintanya berasmara dengan rakan baiknya sendiri.Lalu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu dan ingin menetap dikampung sahaja.Hari semakin gelap,banyak urusan lagi yang perlu diselesaikan sebelum dia berangkat balik ke kampung halaman.


   Setelah semua urusannya selesai,akhirnya Lamak mula berangkat.Dalam perjalanan banyak memori-memori indah yang dikenangnya sewaktu saat dulu.Tetapi biarlah ia menjadi kenangan sahaja baginya agar hati yang luka ini tidak akan bertambah luka lagi.Meskipun kadangkala terngiang-ngiang suara Yana dibenak fikirannya yang akan membuatkan dirinya berasa rindu untuk bersama-sama yana seperti masa dulu,tapi ditabahkan hatinya untuk melupakan kisah silamnya bersama Yana dulu.


   Setibanya dia dikampung dia melihat banyak perubahan yang telah berlaku dikampungnya,masakan tidak,sudah tiga tahun tidak balik kesana kerana ingin menguruskan syarikatnya dibandar.Pelbagai-bagai perubahan mencuri perhatiannya.Dia meneruskan perjalanan sehingga sampai dirumah ibunya.Setibanya dia dirumah,ibunya menyambut kepulangannya dengan penuh kerinduan,tetapi ayahnya tetap masih memendam rasa yang telah pun enam tahun berlalu.Maka tidak sampai sejam Lamak meminta diri untuk ke tepi pantai mencari ketenangan.


    Suasana di tepi pantai tetap tidak berubah,setiap petang pasti ramai budak-budak bermain disana.Angin yang menderu menenangkan jiwanya,tidak seperti dibandar panas,dan tidak menenangkan jiwanya.Sesekali matanya melayang melihat sekelompok anak gadis yang sedang bersembang-sembang di bawah pohon pokok gajus melihat gelagat mereka,penuh dengan kesopanan,dan memiliki ciri-ciri wanita melayu yang sejati.Tiba-tiba bahu Lamak ditepuk dengan tangan yang lembut dan kecil."Ini abang Lamak kan..lamanya tak jumpe abang Lamak,nape susah sangat nak balik kampung,ni pon entah ingat ke tak la kat kita ni?"kata Syika yang dulunya kecil kini sudah pun sama tinggi dengan dadanya."Eh Ika,da besar da sekarang,siapalah yang tak ingat kat Ika si mulut murai ni"kata Lamak sambil bergurau dengan Syika."Abang banyak kerja kat sana itu pasal abang susah nak balik kampung,ni pun abang da berhenti kerja,abang ingat nak duduk terus je kat sini tenang sikit"tambahnya lagi.






     Hari semakin senja,Syika meminta diri untuk pulang kerumahnya,Lamak masih berada disitu menghayati suasana untuk mencari ketenangan bagi dirinya.Bunyi ombak ditepian pantai memecah  kesunyian disitu,kanak-kanak yang bermain mula pulang kerumah masing-masing.Kini yang ada ditepi pantai hanya Lamak seorang.Dia berjalan-jalan ditepian pantai sambil memegang sandalnya ditangan.Terlalu lama baginya tidak merasakan saat-saat seperti ini,megimbas kembali saat-saat dia bersama Yana berpimpingan tangan berjalan ditepi pantai sewaktu mereka bercuti bersama dulu.Ombak deras mematikan angan Lamak,air laut semakin pasang.Lamak pun pulang kerumahnya.


   Setibanya dia dirumah,kelihatan lauk pauk sudah siap terhidang dimeja.Ibu dan bapanya sudah pun menunggu untuk makan bersama.Selesai makan bapaknya menyuruh Lamak bersiap untuk ke surau melakukan sembahyang jemaah.Pada mulanya dia ingin menolak,tetapi memikirkan ianya adalah cara untuk saling tegur menegur seperti dahulu kala kembali terjalin dia pun bersetuju.


   Dalam perjalanan kesurau bapanya mula bersuara "Kenapa tiba-tiba je kau balik,ada apa-apa masalah nak kongsikan dengan abah?""Tak abah,saya da bosan duduk kat bandar tu,saja tukar angin nak duduk kat kampung pulak,udara segar kalau nak dibandingkan dengan bandar tu."jawab Lamak dengan bersahaja."Aku dulu pernah muda,aku tahu bagaimana orang bila ada masalah,lagipon aku ni bapak kau,bukan senang kau nak tipu aku,masalah kalau dikongsi mungkin boleh meringankan lagi tekanan pada kau Lamak"kata bapanya lagi."tak apa lah abah,Lamak baik saja,tak ada apa yang ingin Lamak kongsikan pada abah,cuma Lamak ingin berkongsi sedikit kegembiraan dengan abah kerana sanggup memaafkan kesalahan Lamak"kata Lamak.Pak Khaus tersenyum sinis.Laungan azan menghentikan perbualan mereka,perjalanan dilajukan. 


     Setelah selesai Isya' mereka pun megorak langkah kembali kerumah,tidak sempat melepasi pintu pagar surau kedengaran teriakan memanggil Pak Khaus."Khaus..Khaus"terlihat Pak Alif cuba memanggil Pak Khaus,

episod 1 --Akibat masa lalu

  Suasana pagi berlainan kini,pabila Lamak bangun dari mimpi , hidupnya kini sunyi sepi,tiada
peneman disisi,hanya yang ada sepucuk surat yang ditinggalkan di bucu meja solek yg dilapik
dengan segelas air yang masih suam.Lantas segera Lamak mencapai surat itu dan
membacanya.Teringatnya kembali kejadian malam semalam yang menjadi punca sepucuk surat
ditinggal untuknya.

   Tangan yang agak kasar inilah yang telah menampar bertalu-talu muka
kekasihnya sehingga kekasihnya terkujur kaku dilantai rumahnya itu.Didalam surat itu
menulis;
    Sayang,sekiranya aku tidak berguna lagi untuk dirimu,akan kupergi dari dirimu
     tuk selamanya,jika kau masih perlukan aku,aku sedia menunggumu ,menantimu dirumah ibuku,
datanglah padaku jika itu mampu mengubat kesunyian hari-harimu.

   Tetapi jika kau benar tidak memerlukan aku dalam hidupmu,lupakanlah aku,dan jangan
     kembali padaku jika diriku ini hanya untuk melepaskan api amarahmu saja,kerana aku ini
    insan yang lemah,yang tak mampu melakukan apa-apa kecuali meluahkan kasih sayangku
    kepadamu.

  Sayang,surat ini kutulis dari lubuk hatiku,jika ia menyinggung perasaanmu ku mohon sejuta
    ampun dan jika surat ini dapat mengubah tabiat amarahmu,simpanlah ia di hatimu,agar menjadi
    penawar baginya.Mana mungkin perempuan lain sanggup disakiti seperti diriku.

 Sayang,bukan niatku untuk melukakan hatimu,aku cuma ingin merasakan nikmat kasih sayang
   yang jujur dari seorang lelaki.Bila bersamamu kadangkala aku merasakan perasaan ketakutan
  dalam kegembiraan. Bukan niatku menghancurkan hatimu,tetapi sengaja memberi pengajaran
  padamu agar menjadi lelaki yang bijak untuk menjaga seorang wanita.Malek dan aku cuma kawan
  biasa saja,tetapi entah bagaimana malam itu .................

   Belum sempat dia membaca habis isi kandungan surat tersebut tiba-tiba dia terdengar pintu rumahnya diketuk bertalu-talu,lalu ditinggalnya surat itu diatas meja kembali
dan lantas membuka pintu rumahnya.Setelah membuka pintu tidak disangka-sangka hayunan penumbuk hinggap dimukanya,alangkah terkejutnya dia melihat abang kekasihnya Sidek berada
dipintu bersama dua rakannya yang lain. Dengan lantang Sidek bersuara "Apa kau dah buat kat adik aku ha,da kau bawa lari dia tinggal sekali dengan kau ,kau nak pukul dia pula,
manusia jenis apa kau ni ha?"
 
   Lamak berdiri membetulkan langkah,ingin sekali dihatinya meluahkan segala-galanya apa yang berlaku pada malam itu,tetapi dia tidak sampai hati untuk memberitahu perkara
sebenarnya kerana tidak mahu Yana dipukul pula oleh abangya apabila abangnya dapat tahu hal yang sebenarnya.Biarlah ianya menjadi rahsia antara kami bertiga.Berdiam diri lebih
 baik pada saat-saat begini.

   Lamak hanya mampu tersenyum apabila maki hamun menusuk-nusuk dilayangkan kepadanya.Sedang leka mendengar cacian keatas dirinya tiba-tiba satu lagi penumbuk diterimanya dan
 diikuti dengan sepak terajang oleh rakan-rakan abangnya.Darah mula mencurah-curah keluar dari mulut dan hidungnya,seluruh badannya tidak mampu bangun berdiri,
dan membeku seperti bangkai dilapah binatang.

   Malam datang membawa bulan,tatkala darah kering dipipinya,dia memaksa diri bangun untuk mencuci dirinya yg masih berlumuran dengan darah.
Hanya kesakitan dan kesedihan yang dapat dirasainya ketika itu.Hinggakan dia terpikir akan kesilapannya dimasa lalu.Jika dia tidak mengasari Yana tentu perkara-perkara
seperti ini tidak akan terjadi.Selama ini apabila marah selalu saja dilepaskan kepada Yana tanpa disedari.Kekesalan mula menghantui jiwa.