Search This Blog

Thursday 5 January 2012

episod 3--perhatian

   "Amboi,cepatnya nak balik,isteri nombor dua dah tunggu ke?"gurau Pak Alif sambil mengurut-ngurut belakang Pak Khaus."Tak adalah,aku nak bersiap-siap pergi meminang ni",gurau Pak Khaus sambil gelak terbahak bahak seperti orang orang tua yg berada dikedai kopi."Ni anak aku Lamak,kau ingat lagi tak kat dia ni?"tambah Pak Khaus."Mestilah aku ingat,walaupun lama tak jumpa tapi wajah tetap serupa,ada makan jamu ke?"gurau Pak Alif.Jenakanya memecahkan kesunyian malam.Lamak hanya tersenyum simpul melihat telatah orang-orang lama itu.

    Setelah lama bersembang mereka pun meminta diri kerana hari dah jauh malam.Dalam perjalanan kerumah ,sekali lagi Pak Khaus bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh Lamak.Dan jawapan Lamak tetap sama seperti sebelumnya."Kalau kau nak ,abah boleh carikan kau calon yang sesuai untuk kehidupan kau dimasa yang akan datang nanti,lagipun kat kampung ni banyak lagi anak gadis yang belum dikahwini lagi"kata Pak Khaus sambil memandang langit.Suasana menjadi sunyi,bunyi cengkerik menghiasi kesunyian malam.Pak Khaus segera memalingkan mukanya kebelakang untuk melihat Lamak.Lamak hanya tersenyum sinis sambil melihat wajah bapanya yang menunggukan jawapan.Melihat Lamak hanya senyum saja Pak Khaus pun mengingatkan Lamak"kalau kau nak nanti kau bagitahu saja kat abah,abah akan pinangkan untuk kau"Katanya sambil mempercepatkan langkah.



    Setibanya dirumah Lamak merehatkan diri diruang tamu rumah kerana dia keletihan.Setelah beberapa minit merehatkan diri Lamak pun megorak langkah menuju ke biliknya.Tiba-tiba Cek Sal emak kepada Lamak  menegur "Lamak,kalau nyamuk banyak dalam bilik tu kau ambil la ubat nyamuk atas almari dapur tu nak"kata Cek Sal mengingatkan Lamak."Baik ma"jawab Lamak ringkas oleh kerana badannya yang terlalu letih Lamak terus masuk ke dalam bilik.Dia merebahkan badannya ke atas katil.



   Keesokkannya awal pagi lagi Lamak sudah bangun dan termenung diluar beranda,menghayati panorama matahari terbit,membuatkan Lamak semakin tenang berada dikampung halamannya.Dia menghadap fenomana itu sehingga merasa puas lalu masuk kerumahnya kembali untuk mandi.Setelah selesai mandi,Lamak ingin berjumpa bapanya yang sudah pun berada dikebun,teringin membantu bapanya seperti masa-masa lalu.Dia berjalan menuju kekebun.Dalam perjalanan dia terserempak dengan seorang gadis yang berbaju kurung menaiki basikal,terketuk dipintu hatinya untuk mengenali gadis tersebut,tetapi gadis itu sudah pun berlalu pergi.Lamak berbisik pada hatinya ,mungkin belum rezekinya lagi untuk berkenalan dengan gadis itu.



    Raut wajahnya mencuri perhatian Lamak,gaya kayuhannya penuh dengan kelembutan,itulah perkara yang sering bermain difikirannya semasa dalam perjalanan kekebun bapanya.Sesekali dia tersenyum sendirian mengangankan yang dia saling tegur-menegur dengan gadis itu.Setibanya dikebun,Pak Khaus tidak kelihatan,puas dia mencari tetapi tidak ditemukannya,motornya juga tiada disitu,"mungkin abah ada dikedai kopi."bisik Lamak sendirian.Dia pun pergi melihat kalau-kalau ada kerja yang patut dilakukannya dikebun itu.


   Sementara dirumah,Cek Sal sedang mengemas rumah.Sedang leka menyapu lantai,tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam , lalu dijawabnya salam dan terus menuju ke pintu."waalaikumusalam,oh Izah rupanya,makcik ingatkan siapalah tadi"tersenyum sipu gadis kampung yang anggun itu."Ada apa Izah datang kemari?"tambahnya lagi."Ni mak Izah ada kirimkan kuih untuk Cek Sal sekeluarga,katanya anak Cek Sal ada balik , tu yang dia kirimkan kuih ni"jawab Izah dengan nada yang manja.Keayuannya mampu mencuri perhatian lelaki,suaranya mampu melembutkan kemarahan dihati,itulah kelebihan yang dimiliki oleh Izah,gadis kampung yang sentiasa lembut dimata hati.


   Dikebun Lamak sedang menyapu daun-daun kering yang bersepah-sapah ditanah.Sedang asyik menyapu ,kedengaran suara Pak Khaus menegurnya"ingat lagi kau jalan kebun ni,aku ingat kau dah lupa,"Lamak melemparkan senyuman kepada bapanya itu lantas bertanya kepada bapanya"abah pergi kemana tadi,puas Lamak mencari tak jumpa juga?"."Aku ke bengkel si Abu tadi,motor meragam lagi"jawab Pak Khaus.

No comments:

Post a Comment