Search This Blog

Sunday 8 January 2012

episod 4--pertemuan

  Hari semakin terik,matahari semakin tegak diatas kepala,Lamak dan bapanya segera pulang kerumah untuk makan tengah hari.Setibanya dirumah ,Cek Sal sudah pun menunggu mereka dihadapan beranda.Mereka pun menikmati juadah yang disediakan oleh Cek Sal itu.Selesai makan,Lamak merehatkan dirinya diruang tamu rumah.Tiba-tiba dia teringat akan surat yang ditinggalkan oleh Yana kepadanya,segera dia mencari surat itu untuk mengetahui isi kandungan yang masih belum selesai dibacanya.Puas dicarinya tapi masih tidak ditemui.Habis satu biliknya diselongkar,masih tak jumpa,lalu Lamak menghentikan niatnya untuk mencari surat tersebut.Dibenaknya masih memikirkan tentang Yana.Sesekali dia terpikir apakah ujian yang tuhan berikan kepadanya.Lalu dia keluar untuk mengambil angin.

   Sementara itu,dirumah Izah,Izah sedang menyapu beranda,sedang leka menyapu tiba-tiba kedengaran suara jirannya menjerit meminta pertolongan.Mendengar saja pekikan tersebut Izah terus melepaskan penyapu dari genggamannya lalu segera menyarung kasut nya dan berlari menuju kerumah jirannya.Alangkah terkejutnya apabila dia melihat darah mengalir dari celah kangkang Kak Ros yang sarat mengandung  enam bulan.Dia bergegas menghidupkan enjin keretanya.Kebetulan Lamak lalu didepan halamannya,Izah segera memanggil Lamak untuk meminta tolong untuk membantunya memapah Kak Ros.Lalu Lamak membantu memapah Kak Ros ke kereta untuk dibawa ke hospital,Izah menyuruh Lamak mengikutnya bersama,pada mulanya Lamak enggan kerana segan,tetapi setelah Izah inginkan pertolongannya,dia pun turut bersama pergi ke hospital."Awak ikut lah sekali,nanti kalau ada apa-apa yang ingin saya minta tolong boleh lah awak menolong saya,tolonglah",kata Izah dengan nada yang cemas bercampur gementar.Lalu Lamak berkata pada Izah kembali"kalau begitu,bagi saya bawa kereta,rasanya lebih selamat"perli Lamak disaat-saat genting."Baiklah,cepat sikit ye."kata Izah kepada Lamak dengan nada tergesa-gesa,Lamak hanya tersenyum kepada Izah.



    Sementara itu, Kak Ros mengerang kesakitan,Izah yang duduk dikerusi belakang bersama Kak Ros cuba untuk menenangkannya.Perjalanan semakin hampir,teriakkan Kak Ros semakin lama semakin kuat seperti ingin bersalin,Lamak segera menambahkan kelajuan.Setibanya dihospital,Kak Ros dikejarkan ke zon kecemasan,dan dibawanya ke bilik doktor oleh petugas-petugas hospital tersebut.Lamak dan Izah diminta untuk menunggunya di ruang menunggu pesakit.Disana Lamak sering memerhatikan Izah yang ketika itu dalam keadaan cemas sambil meramas-ramas jari-jarinya."Macam aku pernah lihat gadis ini,tapi dimana ?"kata Lamak didalam hatinya sambil melihat Izah yang berada selang tiga kerusi darinya."Oh ya,dia lah gadis yang berbasikal pagi tadi,wah memang kecil dunia ini,senang benar bertemu semula"tambahnya lagi.


   Izah yang kelihatan gelisah dari tadi cuba menenangkan dirinya,kelakuannya sungguh mencuri hati Lamak,bagi Lamak Izah adalah seindah-indah ciptaan.Raut wajahnya yang mempersona , suara yang manja sesekali mengkhayalkannya.Tanpa disedarinya Izah menghampiri,tersentak Lamak dari lamunannya itu."Awak nak makan atau minum apa-apa tak,kalau nak saya tolong belikan?"kata Izah yang tersenyum melihat gelagat Lamak yang terjaga dari alam lamunannya tadi."Tak apa lah,saya tak berasa lapar dan dahaga lagi"kata Lamak kepada Izah.Izah pun berlalu pergi.Tidak lama selepas itu Doktor pun keluar dari bilik rawatan dan memberitahu Lamak yang Kak Ros dalam keadaan stabil dan diminta untuk tinggal diwad bagi rawatan yang selanjutnya.


   Lamak hanya mengangukkan kepalanya tanda setuju dengan keputusan doktor.Kak Ros pun dibawa ke wad.Lamak duduk semula ke kerusinya untuk menunggu Izah.Setelah lama menunggu akhirnya Izah kembali dan Lamak memberitahu Izah tentang keadaan Kak Ros yang telah doktor beritahu kepadanya.Lalu Lamak bertanya kepada Izah"Lamanya awak pergi,dah lama saya tunggu.""Maaflah,saya pergi solat tadi,awak dah solat?"kata Izah.Lamak hanya tersenyum lalu menjawab,"nanti sampai rumah saya solat".Lalu mereke menyusur ke kereta dan meneruskan perjalanan kerumah.


   Dalam perjalanan , Izah bertanya "lepas ni awak nak kemana?".Dengan bersahaja Lamak menjawab "kerumah awak,boleh?" "Betul-betullah,"Izah bersuara dengan serius."Tak ada lah,tolong hantarkan saya kerumah saya ,boleh?"kata Lamak sambil melihat Izah .Perjalanan pulang itu Lamak berasa begitu berbesar hati sekali kerana diberi kesempatan untuk berbual-bual panjang dengan Izah walaupun kadangkala Izah hanya menjawab sepatah perkataan sahaja apabila ditanyanya.


    Setibanya dirumah ,Izah bertanya "awak ni anak Cek Sal ke?"Lalu Lamak terus menjawab "ye awak,Cek Sal awak tu mak saya,awak kenal dia?"bergurau Lamak.Izah tersenyum melihat Lamak,Lamak pun membalas senyuman lalu dia keluar dari kereta Izah dan hanya melihat Izah berlalu pergi sambil melambai-lambai tangannya.

No comments:

Post a Comment