Hari-harinya tidak lagi seceria dulunya,mendiamkan diri saja lah yang hanya mampu dilakukannya. Selama dua bulan Lamak tidak keluar rumah memikirkan kesilapan masa lalunya.Hatinya hancur lebur apabila melihat kekasih cintanya berasmara dengan rakan baiknya sendiri.Lalu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu dan ingin menetap dikampung sahaja.Hari semakin gelap,banyak urusan lagi yang perlu diselesaikan sebelum dia berangkat balik ke kampung halaman.
Setelah semua urusannya selesai,akhirnya Lamak mula berangkat.Dalam perjalanan banyak memori-memori indah yang dikenangnya sewaktu saat dulu.Tetapi biarlah ia menjadi kenangan sahaja baginya agar hati yang luka ini tidak akan bertambah luka lagi.Meskipun kadangkala terngiang-ngiang suara Yana dibenak fikirannya yang akan membuatkan dirinya berasa rindu untuk bersama-sama yana seperti masa dulu,tapi ditabahkan hatinya untuk melupakan kisah silamnya bersama Yana dulu.
Setibanya dia dikampung dia melihat banyak perubahan yang telah berlaku dikampungnya,masakan tidak,sudah tiga tahun tidak balik kesana kerana ingin menguruskan syarikatnya dibandar.Pelbagai-bagai perubahan mencuri perhatiannya.Dia meneruskan perjalanan sehingga sampai dirumah ibunya.Setibanya dia dirumah,ibunya menyambut kepulangannya dengan penuh kerinduan,tetapi ayahnya tetap masih memendam rasa yang telah pun enam tahun berlalu.Maka tidak sampai sejam Lamak meminta diri untuk ke tepi pantai mencari ketenangan.
Suasana di tepi pantai tetap tidak berubah,setiap petang pasti ramai budak-budak bermain disana.Angin yang menderu menenangkan jiwanya,tidak seperti dibandar panas,dan tidak menenangkan jiwanya.Sesekali matanya melayang melihat sekelompok anak gadis yang sedang bersembang-sembang di bawah pohon pokok gajus melihat gelagat mereka,penuh dengan kesopanan,dan memiliki ciri-ciri wanita melayu yang sejati.Tiba-tiba bahu Lamak ditepuk dengan tangan yang lembut dan kecil."Ini abang Lamak kan..lamanya tak jumpe abang Lamak,nape susah sangat nak balik kampung,ni pon entah ingat ke tak la kat kita ni?"kata Syika yang dulunya kecil kini sudah pun sama tinggi dengan dadanya."Eh Ika,da besar da sekarang,siapalah yang tak ingat kat Ika si mulut murai ni"kata Lamak sambil bergurau dengan Syika."Abang banyak kerja kat sana itu pasal abang susah nak balik kampung,ni pun abang da berhenti kerja,abang ingat nak duduk terus je kat sini tenang sikit"tambahnya lagi.
Hari semakin senja,Syika meminta diri untuk pulang kerumahnya,Lamak masih berada disitu menghayati suasana untuk mencari ketenangan bagi dirinya.Bunyi ombak ditepian pantai memecah kesunyian disitu,kanak-kanak yang bermain mula pulang kerumah masing-masing.Kini yang ada ditepi pantai hanya Lamak seorang.Dia berjalan-jalan ditepian pantai sambil memegang sandalnya ditangan.Terlalu lama baginya tidak merasakan saat-saat seperti ini,megimbas kembali saat-saat dia bersama Yana berpimpingan tangan berjalan ditepi pantai sewaktu mereka bercuti bersama dulu.Ombak deras mematikan angan Lamak,air laut semakin pasang.Lamak pun pulang kerumahnya.
Setibanya dia dirumah,kelihatan lauk pauk sudah siap terhidang dimeja.Ibu dan bapanya sudah pun menunggu untuk makan bersama.Selesai makan bapaknya menyuruh Lamak bersiap untuk ke surau melakukan sembahyang jemaah.Pada mulanya dia ingin menolak,tetapi memikirkan ianya adalah cara untuk saling tegur menegur seperti dahulu kala kembali terjalin dia pun bersetuju.
Dalam perjalanan kesurau bapanya mula bersuara "Kenapa tiba-tiba je kau balik,ada apa-apa masalah nak kongsikan dengan abah?""Tak abah,saya da bosan duduk kat bandar tu,saja tukar angin nak duduk kat kampung pulak,udara segar kalau nak dibandingkan dengan bandar tu."jawab Lamak dengan bersahaja."Aku dulu pernah muda,aku tahu bagaimana orang bila ada masalah,lagipon aku ni bapak kau,bukan senang kau nak tipu aku,masalah kalau dikongsi mungkin boleh meringankan lagi tekanan pada kau Lamak"kata bapanya lagi."tak apa lah abah,Lamak baik saja,tak ada apa yang ingin Lamak kongsikan pada abah,cuma Lamak ingin berkongsi sedikit kegembiraan dengan abah kerana sanggup memaafkan kesalahan Lamak"kata Lamak.Pak Khaus tersenyum sinis.Laungan azan menghentikan perbualan mereka,perjalanan dilajukan.
Setelah selesai Isya' mereka pun megorak langkah kembali kerumah,tidak sempat melepasi pintu pagar surau kedengaran teriakan memanggil Pak Khaus."Khaus..Khaus"terlihat Pak Alif cuba memanggil Pak Khaus,
No comments:
Post a Comment